Rabu, 17 Februari 2010
Meriahnya Majlis WalimatulUrus di Sg.plong...
Pada ahad 14 feb. yang lepas berhampiran masjid Sg.Plong,majlis kahwin berlangsung begitu meriahnya dengan paluan kompang dari pasukan kami, disertai dengan pasukan dari Sg.Plong dan Bandar Baru Sg.Buloh.Lebih dari 30 orang ahli Sinar12 setelah digabung dan mendengarkan paluan yang cukup mantap dan kuat.3 hingga 5 zikir/lagu telah dibawa pada majlis tersebut sehingga membuatkan jari ini bengkak selama 3 hari.
Khamis, 11 Februari 2010
Pukulan Seri Menanti antara yang kami praktikkan.....
Terdapat beberapa jenis pukulan seri menanti antaranya;
1.Pukulan Melalu - Antara tonggak dalam pukulan kompang, bermakna pukulan yang wajib ada dan jika tiada maka paluan kompang akan menjadi sumbang.
2.Pukulan Menyilang/Menjelang - Irama pukulan yang sama namun rentak pukulan yang sentiasa bersilang dengan melalu membuatkan pukulan ini juga penting.
3.Pukulan Melingkar - Pukulan yang agak laju dan rentaknya berbeza dari Melalu dan Menyilang/Menjelang,namun memberi seni bunyi yang sedap didengar serta memberi impak bunyi yang mantap.
4.Pukulan Melanak - Boleh dikatakan sebagai perasa seperti didalam masakan,jika tiada pukulan ini ibarat seperti tidak cukup rasa.Tempo pukulan ini lebih laju daripada melingkar.

Antara aktiviti yang telah dijalankan.....
pada september 2009, pasukan kompang kami diundang untuk memeriahkan majlis kahwin yang bertempat di paya jaras dalam dan pada oktober 2009 pula kami telah memeriahkan majlis kahwin anak datuk di seksyen 16 petaling jaya,kami telah diberi pengormatan dengan tepukan dari tetamu yang menghadiri majlis itu.
pada 10 januari 2010 kami telah dijemput untuk memeriahkan majlis kahwin di lorong 1d/3 Bandar Baru Sg. Buloh dengan merasmikan uniform baru kelab kami disamping menyertai pasukan kompang bandar baru Sg. Buloh memeriahkan majlis kahwin didewan bandar baru.

Langgan:
Ulasan (Atom)